BUM'S LAW

::LIFE IS ALL ABOUT RISKS AND IT REQUIRES YOU TO JUMP::






Wednesday, 15 February 2012

kerja waktu lapang

hye koranggg !
hemmmm . tadi aku bukak buku nota aku yang lame2 , disebabkan tahap kegeniusan aku nie tahap dewa , maka aku ini dilahirkan sebagai seorang yang sangat2 suka menulis . everything yang aku nampak or anything yang aku berkenan aku akan lukis atau tulis . okehhh .. aku dahh melalut dari cerita asl sebenernye . actually hari ni aku nak cite pasal hobi aku diwaktu waktu lapang . i'm the one yang sangatt3 gila dengan novel . but biaselah , girls kan of coz lahh aku preferred love story punye novel . and FYI aku berkongsi hobi ni with my only akak and my brother . 
ouhhh . did i just say brother ?? hahahahhaa . no worries guys . thats not a typo it REALLY true  !!
i'm  sorry andakk (-,-') heeheee
kiteorangg ni mmg sangat2 lahh obses dengan novel sampaikan kalau ade pesta buku kat SHAH ALAM tu . konfem2 muke kiteorangg kat sane . hahahahahaahaaa
kadang2 kiteorangg boleh abeskan duet rm200 dengan hanya membeli novel . takk pecaye ???
nanti aku carikk balekk resit , kiteorang beli novel kat pesta buku karangkraft . my brother menunjukkan keobsesaan dye terhadap HM.TUAH ISKANDAR , abes semua novel beliau di borong nyee . terkejut gakk lahh akak kat kaunter tuu . mane takk nye , dye da lahh lelaki , pegy borong novel banyak2 pulakk tuu . belum campur DAMYA HANNA punye novel lagi tuu .
hadoiiiii !!!!!
kadang2 ayah aku siap membebel lagi apabila melihat anak anaknye perabess duet kat kedai buku . tapi tidak kahh dye sepatutnye berbangga apabila anak2 nye adalah ulat buku . aggaggagag~
so , until now koleksi novel dekat rumahh tu da ade stu rakk penuhh . siap bolehh da kalau nakk bukak library . okehhh lahh . da penatt da ni . nakk sambungg buat assingment plakk lahhh . 
adiosss !! 
1st novel aku bace :))
telah mencapai kegemilangan di layar perak :))
sedeyy gila ! sumpa aku nanges bece novel ni .



most feveret storyline . sempoi habesss !

antara novel2 feveret dan menjadi kegilaan aku dan adik beradik . 

Monday, 13 February 2012

P E N G A J A R A N HIDUP

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
appreciate what we have today :)
Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu. “Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu… Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu. “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu. “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. “Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati… ” kata pokok epal itu dengan nada pilu. “Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu. “Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.